Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ni rasa nak kongsi sesuatu yang berfaedah bagi diri me dan sudah tentu bagi korang semua yang membaca entry kali ini..
Sejujurnya, "7 Formula Keajaiban Sedekah" ini me copy, ubah sikit ayat dan type balik dari penulisan Puan Cony Kimora yang juga merupakan seorang usahawan wanita, Penaraju Mobile Spa & Akademi Kecantikan.
7 FORMULA
1. Setiap pagi sedekah. Sedekah tidak semestinya dari segi kewangan. Sedekah boleh dari segi berzikir contohnya, bertasbih, bertahmid, dan bertakbir. Selain itu, memberi binatang makan, bersedekah pada orang terdekat dahulu, seperti mak, ayah dan adik-beradik. Jika berjumpa dengan orang yang dalam kesusahan, jangan ragu-ragu bersedekah.
2. Minta doa daripada mak ayah agar murah rezeki bagi yang masih ada. Doa mereka berkat tau.
3. Buat banyak perkara yang Allah suka, inshaAllah apa yang kita minta akan dapat. Jom amalkan solat sunat Dhuha, baca surah al-Waqiah setiap hari dan selalu beristighfar dan selawat. Alhamdulillah, sejak dua menjak ni, me akan amalkan bacaan surah al-Waqiah tiap-tiap malam sebab dengan izin Allah, surah ini juga merupakan rahsia seseorang itu tidak akan jatuh miskin.
4. Waktu mustajab berdoa adalah antara waktu kita bersujud dalam solat. Perlu kita tahu, ketika hujan turun juga merupakan waktu yang mustajab untuk berdoa kerana Allah membuka semua pintu langit dan doa cepat sampai.
5. Sedekah 1, Allah balas 10. Yakin betul-betul dengan Allah. Kadang-kadang, Allah bukan balas dari segi kewangan, tetapi dari segi kesihatan, kedamaian dan dipermudahkan urusan.
6. Sedekah waktu pagi, malaikat akan doa pada orang yang infakkan hartanya waktu pagi. Jadi ambil peluang doa malaikat ini pada kita.
7. Orang yang bersedekah takkan ditimpa musibah. Musibah tak boleh melintasi bagi mereka yang sedekah.
sincerely,
Ms Habibah
Comments
Post a Comment