Skip to main content

"EVERYTHING YOU TREASURE - For a World Free From Nuclear Weapons"


"Everything You Treasure- For a World Free From Nuclear Weapons"



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai. Mesti ada yang tertanya-tanya apakah tajuk di atas itu. Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini, itu adalah tajuk satu pameran yang telah berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM). Pameran keamanan ini diadakan untuk menyediakan satu forum untuk dialog, tempat di mana orang boleh belajar bersama-sama, bertukar-tukar pandangan dan berkongsi idea serta pengalaman dalam usaha untuk menjadikan dunia lebih baik.


BILA dan DIMANAKAH PAMERAN DIADAKAN ???




Hari      : Isnin - Rabu
Tarikh  :  3 Oktober 2016 - 5 Oktober 2016
Tempat : Ruang Legar Perpustakaan Sultanah Bahiyah (Foyer Library UUM)



PENGANJUR ??? 

Semasa sesi temubual
Logo SGM



Pameran ini telah dianjurkan oleh persatuan Soka Gakkai Malaysia (SGM) dalam kalangan mahasiswa Universiti Utara Malaysia. SGM adalah sebuah organisasi yang menggalakkan keamanan dalam masyarakat melalui pertukaran budaya dan pendidikan kemanusiaan berdasarkan falsafah hidup. "Soka" bermaksud mewujudkan nilai. Mereka percaya bahawa semua manusia tanpa mengira jantina, etnik atau kedudukan sosial, mempunyai kuasa untuk mengatasi cabaran hidup dan membangunkan kehidupan yang besar nilainya.

Sejak penubuhan pada tahun 1984, SGM menjalankan aktiviti berdasarkan prinsip panduan berikut:

- Menggalakkan nilai-nilai murni dan moral di kalangan ahli-ahlinya.
- Menyumbang kepada budaya, kebajikan sosial dan pendidikan.
- Untuk menyumbang kepada kesejahteraan dan kemakmuran negara.
- Untuk memupuk persahabatan, kebahagiaan keluarga, keharmonian kaum dan keamanan.

SGM bertujuan mengamalkan falsafah kemanusiaan dalam bidang keamanan (PEACE), kebudayaan (CULTURE) dan pendidikan (EDUCATION). Mereka juga menganjurkan aktiviti-aktiviti yang menggalakkan budaya keamanan dalam masyarakat termasuk mengambil bahagian secara aktif dalam dialog dan inisiatif yang bertujuan untuk memupuk persefahaman antara agama, membina kemanusiaan bersama dan bekerja bersama-sama ke arah penyelesaian isu-isu asas yang dihadapi manusia.

SEJARAH PENUBUHAN SOKA GAKKAI:

Logo SGI
Soka Gakkai diasaskan di Jepun pada tahun 1930. Tsunesaburo Makiguchi adalah pengasas, dan sekutu terdekatnya, Josei Toda merupakan presiden kedua. Pada tahun 1960, penggantinya Daisuka Ikeda, telah dirasmikan sebagai Presiden Soka Gakkai.


Di bawah kepimpinan Daisuka Ikeda, Soka Gakkai telah mengambil satu dimensi antarabangsa dan meluaskan fokus mereka. Pada tahun 1975, Soka Gakkai International (SGI) telah ditubuhkan sebagai tindak balas kepada keperluan keahlian antarabangsa.

SGM bergabung dengan SGI, dengan rangkaian Buddha yang mempunyai 12 juta ahli dalm 192 buah negara dan wilayah. Dalam Malaysia, terdapat 6 negeri yang tersedia ada persatuan ini iaitu Johor, Kedah, Pahang, Perak, Pulau Pinag dan Kuala Lumpur.

TUJUAN PAMERAN

Sesi temubual


Objektif:
  • Menyediakan maklumat dan perspektif  agar orang ramai mengambil tindakan wajar pada masa akan datang.
  • Untuk menjaga momentum popular ke arah mengharamkan senjata nuklear melalui satu perjanjian yang melarang penggunaan senjata nuklear.
  • Untuk membina kawasan penghapusan nuklear yang lebih luas dengan menyediakan peluang untuk belajar mengenai senjata nuklear dari pelbagai sudut pandangan dan selaras dengan pelbagai kepentingan.
  • Perkara paling penting adalah kita perlu mengetahui bahawa keamanan, kesejahteraan dan kehidupan yang sihat bermula dari bumi yang baik persekitarannya.

Habibah, Zubaidah dan Farhanan

KONSEP SENJATA NUKLEAR

Senjata nuklear adalah satu ancaman berterusan dan terus kepada kita semua yang secara kumpulan, individu dan harta. Ia memberi kesan kepada kita dengan cara yang terdiri daripada kemanusiaan, alam sekitar dan ekonomi untuk perubatan, generasi dan rohani. 
Model bom atomik
Gamba bom atomik
Pembuatan satu tenaga nuklear memerlukan kos yang tinggi. Jika difikirkan, segala kos tersebut dapat menampung perbelanjaan kehidupan rakyat seharian. Perkara ini sedikit sebanyak membantu dalam mengurangkan masalah kemiskinan dalam sesebuah negara.



 Kenapa kita perlu membenci senjata nuklear?

- Kesan senjata ini berlarutan dalam jangka masa yang lama.
- Penduduk akan mengalami trauma dan kecacatan fizikan yang kekal.
- Jika berada dalam jarak 3km dari letupan senjata nuklear, seseorang itu akan akan kehilangan
  nyawanya.




PERISTIWA PENGEBOMAN ATOM HIROSHIMA dan NAGASAKI

Jepun merupakan negara yang maju pada zaman ini, namun adakah kita tahu bahawa disebalik kemajuan mereka terselit satu titil hitam dalam lakaran sejarah iaitu pengeboman atom di Hiroshima dan Nagasaki. Tragedi itu berlaku pada awal pagi yang indah dimana ketika itu penduduk menganggap mereka akan menjalankan kehidupan seperti biasa. Namun jangkaan mereka salah sama sekali apabila tentera Amerika Syarikat melepaskan dua bom atom yang merupakan senjata nuklear di tempat berikut.

Pada tanggal 6 Ogos, tentera Amerika Syarikat menjatuhkan bom di Hiroshima dan tiga hari kemudian iaitu pada 9 Ogos satu lagi bom atom dilepaskan di Nagasaki. Jumlah kematian di Hiroshima sejurus selepas bom itu melepaskan ledakannya ialah seramai 90 ribu hingga 146 ribu, manakala jumlah kematian di Nagasaki seramai 39 hingga 80 ribu penduduk.

Kehancuran Hiroshima
Keadaan lebih tragis apabila penderitaan mereka tidak berakhir disitu sahaja kerena penggunaa senjata nuklear mempunyai kesan sampingan yang amat dasyat. Berbulan-bulan penduduk disitu menjalani kehidupan yang lara dan duka akibat ledakan bom tersebut antara ialah kesan luka terbakar, radiasi, kekurangan gizi dan lain-lain. Yang meninggal pergi dengan tenang manakala yang masih hidup meratap pemergian insan yang tersayang ditambah lagi dengan kesengsaraan radiasi nuklear. Di Hiroshima, lebih daripada 90% doktor dan 93% pembantu kesihatan tewas dan terkena jangkitan radiasi ketika ingin merawat luka mangsa-mangsa pengeboman.

Kesan Luka Terbakar
Kebutaan Kilat

Seperti yang kami jelaskan diatas tadi bahawa bom atom ini mempunyai kesan yang sangat dasyat. Di sini kami akan mengemukakan kesan-kesan pengeboman secara terperinci:

1. Pengeboman di Hiroshima telah menukar bandar itu menjadi kawasan yang panas teramat sangat sehingga mampu mencairkan besi.

2. Luka di badan dan kecederaan mata akibat sinaran haba yang dihasilkan oleh senjata nuklear.

3. Kebutaan kilat (seperti gambar) akibat cahaya cemerlang pertama yang dihasilkan oleh letupan nuklear.

4.Kemusnahan bangunan-bangunan.

5. Turunnya hujan yang berwarna hitam. Sesiapa sahaja yang meminumnya pasti mati kerana air itu bercampur radiasi.


Serangan nuklear yang dikenakan terhadap Hiroshima dan Nagasaki dapat membuka mata dunia tentang betapa bahayanya kesan penggunaan senjata tersebut. Rakyat Jepun menamakan hari tersebut sebagai Hari Neraka atau Hari Pembalasan. Kita sebagai manusia yang waras dan berperikemanusiaan haruslah katakan tidak kepada penggunaan senjata nuklear dan suara rakyat oerlu dikuatkan lagi bagi menentang mana-mana kajian yang berkaitan senjata nuklear ini. 

BAGAIMANA PAMERAN INI DAPAT MEMBANTU ???

Pameran ini mempunyai 3 bahagian, 34 panel, dan setiap banner diterangkan dalam tulisan bahasa Inggeris.

Bahagian 1

Bahagian 1: Apa yang kita menghargai?

Mengkaji realiti sejarah penggunaan senjata nuklear dan kewujudan mereka sebagai ancaman berterusan kepada keselamatan manusia dan kelestarian kehidupan selamat dan terjamin untuk semua. Pengunjung dijemput untuk merenung apa yang paling penting kepada mereka dan keperluan untuk melindungi perkara tersebut daripada senjata nuklear.

Bahagian 2

Bahagian 2: Belajar Lebih

Dalam bahagian ini, pengunjung dapat meniliti isu senjata nuklear daripada 12 perspektif iaitu Kemanusiaan, Alam Sekitar, Perubatan, Ekonomi, Hak Asasi Manusia, Tenaga, Saintifik, Politik, Rohani, Jantina, Generasi dan Keselamatan.

Bahagian 3

Bahagian 3: Menukar pandangan dunia 

Bahagian ini membentangkan gambaran keseluruhan pencapaian pelucutan senjata. Ia juga menunjukkan bahawa kita sendiri sebagai jalan penyelesaian. Pengunjung dijemput untuk berkongsi pendapat dan pandangan peribadi untuk tindakan ke arah dunia yang bebas nuklear dan merealisasikan satu perjalanan antarabangsa yang melarang penggunaan senjata nuklear.

KESIMPULAN

Gambar bersama sebelum beredar


Setelah selesai mengunjungi pameran tersebut, ahli kumpulan kami bersama rakan-rakan yang lain mendapat satu pengetahuan yang cukup berharga. Jika dibandingkan sebelum ini, kami hanya tahu apa itu nuklear dan kesannya. Tetapi pameran ini membuka mata kami dari segi bagaimana cara untuk kita hentikan penggunaan senjata nuklear ini. Selain itu, sebelum ini kami hanya memandang perkara ini dengan sebelah mata, tetapi sekarang kami seolah-olah dikejutkan dari tidur yang lena tentang bahayanya nuklear ini. Pameran ini sangat bagus diadakan dan membantu mahasiswa dan orang ramai dalam meniti kehidupan akan datang. Moga-moga kita semua dapat mewujudkan alam lestari dan menjadi pencetus kepada kelestarian itu.


Bersama Dr Ahmad. Pensyarah bagi subjek Sains Pemikiran dan Etika 

Terima kasih dan penghargaan buat:

  • Dr. Ahmad Sahida (Pensyarah)
  • Ong Lin Chia (Juru penerangan 1)
  • Chong Jack Lee (Juru penerangan 2)
Bersama pihak penganjur

Penulisan artikal kali ini ditulis oleh

Ahli Kumpulan 9:

Ketua                  : Habibah Binti Abdul Ghani  248253
Penolong Ketua  : Siti Zubaidah Binti Abdullah 248831
Setiausaha          : Siti Sarah Binti Mohamad 248294
Jurugambar        : Nurfarhanan Binti Abdul Kadim 248829

Subjek: SGDN1043 (J) Science of Thinking and Ethics











Comments

Popular posts from this blog

NEW POSITION as Kakitangan Penerang

 Hey... dah tahun 2021.. selamat tahun baru 2021. seriously, iols culas la update blog iols. too many to say and tell. seriously banyak sangat benda kita miss nak cite dalam blog ni. hahaha. btw, lepas kije as assistant fresh tu kan, me dapat tawaran kerja baru. benda yang me mahukan masa dilema pilih kerja tu. alhamdulillah, Allah bagi rasa nikmat itu.  btw, masa 8 ogos 2020 if im not mistake sampai 22 ogos 2020, me sertai 1 kursus dinamakan kursus Kampung Budaya Terengganu. dan disitu lah bermula kisah baru serta kehidupan baru. banyak perkara baru yang me pelajari especially berkaitan kebudayaan dan kesenian masyarakat Terengganu.  selepas habis kursus tu, actually takut sangat sebab katanya ada pemilihan. alhamdulillah, semua peserta terpilih. maka bermulalah tugasan kami sebagai penerang dan juga pendemo di kampung budaya terengganu yang terletak di dalam kawasan muzium negeri terengganu. hurm, banyak benda me langkau ni. just type point penting aja. nanti kalau free...

HI Blogger...

Dec 9, 2017 Saturday today... im still in Kachi Hill, Sintok Kedah... open to my laptop.. beloved laptop since 2010 (alhamdulillah still can use this lappy.. thank you Allah). just to do my research on Geography learning point.. keep finding some memory for the last 5 till 7 months ago... ya Allah.. aku rindu... rindu kenangan yang hilang itu... semua tersimpan dalam handphone... phone yang si penipu tu curi... stress gile kot... hidup2 kena tipu.. but sabar.. ada hikmah..saya percaya.. masih dalam bermuhasabah diri. huhuuu.. nangis... actually... dalam tahun 2017.. banyak kenangan manis dan pahit..sekarang dah nak penghujung december.. ehhh ye ke.hahaha.  tapi tak share pun dalam blog ni.. tak sempat nak buka blog.. ala tulis blog ni utk akan datang juga.. rindu leh belek balik blog.kekekeke. takpe lepas ni slow2 kita on balik blog kita.. hehehehe..  ok.. so, today let me share some quote.. "there will always rainbow after the rain... and Allah will guide if we believe....

Disember 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Hari ni baru iolls update post baru. hohoho.. lama udah ya gak buka blog. Semalam tetibe je terdetik nak baca balik apa yang iolls tulis. huhuhu.. aritu ada juga plan konon-konon nak post setiap event or lawatan yang iolls sertai.. kesudahannya, kelaut semuanya.. Oh ya, btw sekarang ni dah start praktikal kot.. dah hampir pertengahan tempoh dah. iolls start pada 7 oktober 2019 hingga 6 februari 2020. so kita catat sini sikit ya untuk future memory. banyak juga nak cerita. tapi, tak semua perkara kita boleh share kan. sob sob sob... sedih kekonon.hekhekehk. baiklah.. kita cite sikit ya pasal praktikal ni. permohonan iolls untuk praktikal dekat tourism terengganu diterima. but, bila iolls daftar, iolls dimasukkan ke bahagian taman negeri. seriously nak nangis kot, takut semua adooo... but, iolls cuba untuk redha and tengok hikmah yang Allah beri. iolls ok je duk kat memane.. tapi takuuuttt dikatakan langgar prosedur praktikal.hhahaha.takut bebeno...